Thursday, 1 March 2012

SYAIR SI TANGGANG

Tersebut kisah hikayat lama,
Kisah seorang anak  derhaka,
Kepada kedua ibu dan bapa,
Sentiasa diingat janganlah lupa.

Kisahnya bermula satu keluarga,
Seorang ibu bernama Daruma,
Talang pula nama suaminya,
Hidup bahagia sepanjang masa.

Gembira dihati tidak terkira,
Saat yang dinanti telah pun tiba,
Sekian menanti sembilan purnama,
Mendapat anak lelaki yang pertama.

Nama Si Tanggang telah diberi,
Kepada anak yang sangat disayangi,
Siang dan malam sentiasa diuliti,
Tidak mahu berenggang walau seinci.

Besarlah sudah anak teruna,
Suka bermain tepi muara,
Melihat kapal di depan mata,
Tersimpan impian di dalam dada.

Hidup di kampung tiada cabaran,
Teringin juga merasa kemewahan,
Setiap hari melayan keinginan,
Apakan daya tiada kesudahan.

Suatu hari tidak diduga,
Nakhoda kapal turun ke muara,,
Nekadnya Tanggang berjumpa Nakhoda,
Agar diterima bekerja dengannya.

Gembiranya Tanggang tidak terkira,
Nakhoda terus terima dirinya,
Semakin teguh impian di dada,
Mencari kemewahan yang diidamkannya.

Pulang Si Tanggang dengan gembira,
Meminta izin dari keluarganya,
Terkejutnya mereka tidak terkira,
Anak yang diharap kan pergi jua...

Daruma menangis sangatlah hiba,
Sambil memeluk anak kesayangannya,
Berjanjilah si Tanggang kepada ibunya,
Akan kembali ke tanah tumpah darahnya.



0 comments:

Post a Comment

 

Gurindam Buat Kanak-Kanak Copyright © 2012 Designed by d4533k3r